Single Blog Title

This is a single blog caption

YBhg Dato’ Sawai memanggil mesyuarat khas untuk orang-orang Siam KL

Info PBTM

Tajuk: YBhg Dato’ Sawai memanggil mesyuarat khas untuk orang-orang Siam KL. – 27 Mar 2008

Setelah sekian lama, masyarakat Siam yang berada di KL dan Selangor tidak bermesyuarat. Maka akhirnya mereka telah tetapkan tarikh untuk bermesyuarat.

Masyarakat Siam KL dan Selangor akan bermesyuarat di Thai-Buddhist Chetawan Temple, Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor pada 17 May 2008 ini. Ybhg. Dato’ Sawai akan mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mungkin mesyuarat tersebut ada kaitan dengan Tsunami politik tanah air dan juga Tsunami politik dalam masyarakat Siam Malaysia.

Sebelum ini masyarakat Siam teramat setia kepada parti pemerintah. Sehingga sekarang Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui parti pembangkang amat sukar untuk memilih ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah di bawah YB M. Arumugam, EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi menyelaraskan semua kegiatan masyarakat Siam di Kedah.

Moga-moga dalam mesyuarat tersebut, akan wujud satu idea baru bagi menyatupadukan masyarakat Siam di Malaysia yang agak membimbangkan disebabkan oleh beberapa faktor.

Saya percaya, ramai para educted berada di KL dan Selangor. Sekiranya mereka tiada masa untuk berbakti kepada masyarakat, saya pasti idea yang mereka curahkan sudah cukup memadai dan cukup bermakna dalam membantu membangunkan masyarakat Siam di Malaysia. Saya berharap agar Ybhg. Dato’ Sawai meneruskan perjuangan bersama-sama masyarakat Siam. Kalau boleh janganlah sekadar menonjolkan diri di masa-masa tertentu sahaja. Perjuangan kepada masyarakat merupakan perjuangan yang berterusan bukannya perjuangan bermusim.

Sawaddee dari Manit Sripradit.