Single Blog Title

This is a single blog caption

Yang Dipertua PSM Cawangan Sik menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PSM

Info PBTM

Tajuk: Yang Dipertua PSM Cawangan Sik menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PSM. – 27 Mar 2008

Cikgu Vinai, Yang Dipertua PSM cawangan Sik merangkap Bendahari Agung PSM telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PSM pada Mesyuarat Agung Khas yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Beliau telah menyatakan bahawa YB Senator Siw Chun a/l Eam selaku penyandang jawatan tersebut telah bersetuju dan merestui beliau untuk bertanding jawatan Presiden PSM.

En. Siri Neng Buah, AJK PUSAT PSM juga berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden PSM. Tetapi pihak kami tidak pasti dengan hasrat beliau. Beliau seorang yang ikhlas terhadap khonthai. Beliau tidak suka berlakunya perpecahan dalam PSM. Oleh itu, pada pandangan saya, beliau akan memilih jalan selamat. Saya rasa beliau akan benar-benar bertanding jika keadaan selamat dan tidak memecahbelahkan khonthai. Sekiranya Cikgu Vinai bertanding saya tak pasti En. Siri Neng Buah akan turut bertanding.

Sementara Cikgu Jot, Yang Dipertua PSM cawangan Kelantan merangkap Timbalan Presiden PSM berminat untuk mengekalkan jawatan nombor 2 dalam PSM. Saya juga tak pasti sebab baru-baru ini di Kelantan, YB Senator telah merestui beliau sebagai calon Senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen. Bila ada 2 orang yang mendapat restu daripada YB senator mungkin beliau akan bertanding jawatan Presiden PSM untuk penggal seterusnya. Persoalannya siapakah sebenarnya yang mendapat restu daripada YB Senator, Cikgu Jot atau Cikgu Vinai? Kenapa pula En. Siri tidak mendapat restu, sedangkan beliau adalah ahli Jawatankuasa yang senior dan pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden PSM?

Yang pasti Cikgu Vinai akan bertanding jawatan Presiden PSM untuk penggal seterusnya. Dengan siapa beliau bertanding, masing-masing kita tunggu dan lihat. Harapan saya semoga Presiden PSM yang baru berfikiran lebih terbuka untuk mendengar pandangan daripada semua lapisan masyarakat Siam. PBTM akan sentiasa menyokong sekiranya untuk kebaikan masyarakat Siam secara telus dan menyeluruh.

Saya juga ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan yang ditinggalkan oleh calon-calon Presiden sekiranya ahli-ahli PSM mahukan saya aktif semula dalam PSM. Iaitu sekiranya cikgu Vinai menang maka jawatan Bendahari Agung kosong dan sekiranya En. Siri menang maka jawatan AJK Pusat kosong. Sebelum ini saya pernah memegang jawatan Ketua Penerangan PSM Pusat dan sekarang memegang jawatan Penolong Setiausaha PSM cawangan Baling. Penawaran saya bergantung kepada semua perwakilan PSM, samada masih boleh menerima saya atau tidak. Sekiranya saya tidak diterima maka saya akan sentiasa aktif di peringkat PSM cawangan Baling. Bagi saya jawatan tak penting. Yang penting ialah keikhlasan kita untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Sawaddee dari Manit Sripradit.