Single Blog Title

This is a single blog caption

Presiden PBTM menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa PSM

Info PBTM

Tajuk: Presiden PBTM menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa PSM. – 27 Mar 2008

Saya MANIT SRIPRADIT selaku Penolong Setiausaha PSM cawangan Baling menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat PSM bagi penggal seterusnya.

Sebelum ini saya pernah bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa pihak PSM dan dilantik sebagai Ketua Biro Penerangan PSM pada tahun 2001/2003.

Antara jawatan-jawatan yang pernah saya pegang ialah:
1. Pengasas PBTM dan Presiden PBTM sejak 1997 hingga sekarang.
2. Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia sejak tahun 2000 hingga sekarang.
3. Ahli Majlis Perundingan Belia Negara sejak 2000 hingga sekarang.
4. Penolong Setiausaha PSM cawangan Baling sejak 1999 hingga sekarang.
5. Ahli Jawatankuasa Pusat PSM bagi penggal 2001/2003
6. Ketua Penerangan PSM Pusat 2001/2003
7. Pengasas dan Presiden Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS)

Saya telah menarik diri untuk memegang sebarang jawatan dalam PSM Pusat sejak tahun 2003 kerana tidak sehaluan dengan pemimpin. Walau bagaimana pun, saya masih aktif di peringkat PSM cawangan Baling. Pada masa sekarang saya rasa sesuai untuk saya kembali ke pangkuan PSM Pusat dalam barisan kepimpinan baru PSM. Semoga perpecahan yang wujud dieratkan semula di bawah kepimpinan baru ini.

Penawaran saya ini bergantung kepada penerimaan ahli PSM seluruh Malaysia. Sekiranya ahli PSM seluruh Malaysia masih perlukan khidmat saya maka saya sedia untuk memberi khidmat. Sekiranya ahli PSM tidak perlukan khidmat saya maka saya akan terus memberi sokongan kepada mana-mana pemimpin yang dipilih oleh perwakilan. Saya akan sentiasa setia kepada PSM. Pada pandangan saya, PSM tetap penting dalam masyarakat kita. Cuma pemimpin sahaja yang bermasalah bukannya PSM.

Bagi saya jawatan itu tak penting, yang penting bagi saya ialah keikhlasan berkhidmat kepada masyarakat. Sekiranya saya tidak diberi sebarang jawatan dalam PSM, saya tetap boleh menyumbang khidmat saya kepada masyarakat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbaiki dan memajukan PSM demi untuk pembangunan masyarakat Siam Malaysia. Kalah dan menang adalah adat pertandingan. Sesiapa yang kalah haruslah menerima hakikat dan terus berjuang dalam PSM. Kepada mereka yang menang, pikullah tanggungjawab ini sebaik mungkin dan bersesuaian dengan perkembangan semasa masyarakat Siam Malaysia.

Sawaddee dari Manit Sripradit