Single Blog Title

This is a single blog caption

Nantikan kemunculan PBTM dengan imej baru

Info PBTM

Tajuk: Nantikan kemunculan PBTM dengan imej baru. – 25 Feb 2008

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PBTM BELUM DIBUBARKAN LAGI. CUMA KAMI PERLU DAFTAR SEMULA DARI PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA KEPADA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERDASARKAN AKTA PENDAFTARAN PERTUBUHAN DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007. OLEH ITU, NANTIKAN KEMUNCULAN PBTM DENGAN IMEJ BARU. PIHAK KAMI MENGAMBIL KEPUTUSAN DRASTIK MENUKARKAN NAMA DAN LOGO PERSATUAN DARIPADA PBTM KEPADA PBSM BAGI MENGATASI PUAK YANG MENUDUH PBTM SEBAGAI PUNCA PECAH BELAH MASYARAKAT DENGAN MEMBEZAKAN THAI DAN SIAM YANG MENJADI MODAL MEREKA SELAMA INI UNTUK MENJATUHKAN PERSATUAN BELIA. BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN LOGO DAN BENDERA PERSATUAN.

Bendera belia Siam Thai

Keterangan bentuk logo adalah seperti berikut:-


(1) Logo berbentuk bulat. Di tengah-tengah bentuk logo berbentuk satu bangunan Chedi yang melambangkan tiang agama Buddha yang menjadi agama anutan keseluruhan masyarakat Siam di Malaysia. Rupa bentuk Chedi adalah lebar di bahagian bawah dan semakin kecil sehingga tajam di bahagian atas.


(2) Di bahagian kiri dan kanan bentuk Chedi terdapat bentuk ‘CHATTA’ (dalam bahasa Siam) atau bentuk payung yang berciri-cirikan agama Buddha.


(3) Di bahagian atas iaitu puncak Chedi akan terdapat 23 jalur yang ditakrifkan sebagai jalur cahaya. Bagi melambangkan harapan terhadap para belia sebagai pelopor dan khazanah dalam konteks pembangunan bangsa dan negara.


(4) Di tengah-tengah bentuk Chedi terdapat perkataan ‘BERSATU’ yang merupakan slogan Persatuan.


(5) Terdapat perkataan ‘PERSATUAN BELIA SIAM MALAYSIA’ yang berbentuk melengkung separuh bulatan merangkumi bahagian bawah dan perkataan ‘MALAYSIA THAIS YOUTH ASSOCIATION’ yang berbentuk melengkung separuh bulatan merangkumi bahagian atas.


Keterangan bentuk bendera adalah seperti berikut:-


(6) Bendera persatuan belia ini ialah berbentuk empat segi dan mempunyai 3 jalur. Bendera ini berukuran 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Terdapat 2 jalur berwarna biru berada di bahagian atas dan bawah bentuk bendera masing-masing berukuran 6 kaki panjang dan 9 inci lebar. Terdapat 1 jalur berwarna putih di bahagian tengah bendera yang berukuran 6 kaki panjang dan 18 inci lebar dan terdapat bentuk logo persatuan berada di tengah-tengah bentuk bendera persatuan.


(7) Warna Biru melambangkan perpaduan manakala warna putih melambangkan kesucian merupakan asas kepada perjuangan belia.