Single Blog Title

This is a single blog caption

Majlis Tanam Batu Asas (Luknimit) Ubosot Wat Sirako pada 13 Mei 2008

Info PBTM

Tajuk: Majlis Tanam Batu Asas (Luknimit) Ubosot Wat Sirako pada 13 Mei 2008. – 07 Apr 2008

Pihak Wat Sirako, Baling, Kedah telah membina sebuah bangunan Ubosot yang baru.

Sebelum ini wat tersebut belum mempunyai bangunan Ubosot dan hanya dikenali sebagai Samnaksong sahaja.

Dengan adanya bangunan Ubosot maka dengan rasminya ia akan dikenali sebagai wat. Majlis Penanaman Batu Asas atau Luknimit bangunan Ubosot akan dilakukan pada 8 hingga 13 Mei ini. Sementara tarikh penanamannya batu asas atau Luknimit ialah pada 13 Mei 2008.

Semua penganut agama Buddha dijemput hadir beramai-ramai, begitu juga dengan ahli PBTM. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi dari Thailand iaitu Bauwi dan Noi Stamp. Kumpulan muzik The Sunshine dari Kg. Kalai juga akan bantu menyerikan lagi majlis tersebut.