Single Blog Title

This is a single blog caption

En. Siri Neng Buah, AJK Pusat PSM menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PSM

Info PBTM

Tajuk: En. Siri Neng Buah, AJK Pusat PSM menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PSM. – 27 Mar 2008

En. Siri Neng Buah, AJK Pusat PSM telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PSM bagi penggal seterusnya.

Beliau bersedia bertanding dengan sesiapa sahaja. Beliau berharap sekiranya sesiapa yang kalah dalam pertandingan haruslah menerima hakikat dan terus menjadi ahli PSM. Beliau telah memaklumkan kepada saya melalui telefon.

Menurut beliau, pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM bagi penggal seterusnya wajib dilakukan pada tahun 2009. Bukannya diadakan pada hujung tahun ini dalam Mesyuarat Agung Khas PSM seperti yang dimaklumkan oleh Presiden dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan yang lepas. Menurut perlembagaan PSM setiap Jawatankuasa Pusat yang dipilih haruslah memegang jawatan selama 2 tahun dan Jawatankuasa Pusat wajib dipilih 2 tahun sekali.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM baru-baru ini di Pendang Lake Resort tidak menepati perlembagaan PSM.


1. Tidak pilih jawatan Pengerusi Tetap
2. Tidak pilih jawatan Presiden.
3. Usul jawatan Presiden tidak dipertandingkan adalah bercanggah dengan Perlembagaan PSM. Di mana semua Jawatankuasa Pusat dipilih 2 tahun sekali.
4. Tidak pilih jawatan Ketua Wanita.
5. Tidak pilih jawatan Ketua Pemuda.

Sekiranya Presiden PSM tidak mahu memegang jawatan setelah tamat tempoh jawatan Senator maka beliau boleh meletakkan jawatan sebagai Presiden PSM. Tempat beliau selaku Presiden PSM akan dipangku oleh Timbalan Presiden PSM sehingga tamat tempoh penggal jawatan tersebut. Maka mengikut perlembagaan PSM, pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat hanya boleh dilakukan 2 tahun sekali.

Sekiranya Presiden PSM ingin mengadakan Mesyuarat Agung Khas semata-mata ingin memilih Presiden PSM baru maka ahli boleh mencadangkan mengadakan USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PRESIDEN.

Saya harap semua pihak PSM dan PBTM seluruh Malaysia faham tentang perlembagaan PSM yang telah ditetapkan. Selama ini adakah pemimpin kita mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan? Adakah setiap kali mengadakan Mesyuarat Agung, perlembagaan PSM dirujuk? Fikirlah sendiri.

Sawaddee dari Manit Sripradit