Day

March 14, 2008

Satu Kampung Dua Pemimpin

Info PBTM

Tajuk: Satu Kampung Dua Pemimpin. – 14 Mar 2008

Untuk makluman semua, Pengerusi JKKK di setiap kampung Siam di negeri yang dikuasai pembangkang akan dikekalkan oleh kerajaan Pusat BN. Gaji mereka juga akan dibayar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM450.00 sebulan yang sebelum ini disalurkan melalui Kerajaan Negeri. Mungkin kali ini disalurkan melalui saluran lain.

Hanya Ahli Majlis Daerah sahaja ditukar sebab ia adalah lantikan politik. Sementara jawatan Penghulu di Kampung Tasek juga dikekalkan oleh kerajaan BN Pusat. Sebab BN pusat ingin mengekalkan salurannya di peringkat bawahan.

Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Pembangkang akan melantik Ketua Kampung yang baru di setiap perkampungan. Maka akan wujud 1 kampung 2 pemimpin iaitu 1 pemimpin mewakili kerajaan Pusat dan 1 lagi pemimpin mewakili kerajaan negeri. Perpecahan dalam masyarakat Siam akan bertambah hebat selepas ini.

Kepada pemimpin masyarakat Siam,, fikirkanlah bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Satu cara untuk menyatupadukan khonthai iaitu melalui institusi keagamaan. Tetapi institusi tersebut tidak lagi bertindak secara neutral akibat yang tak dapat saya sebutkan di sini.

RENUNG-RENUNGKANLAH.…

Info PBTM

Tajuk: Satu Kampung Dua Pemimpin. 

14 Mar 2008

RENUNG-RENUNGKANLAH. …