Day

March 13, 2008

Kerajaan Kedah lantik EXCO Hal Ehwal Masyarakat Siam

Info PBTM

Tajuk: Kerajaan Kedah lantik EXCO Hal Ehwal Masyarakat Siam. – 13 Mar 2008

Kerajaan Kedah lantik Exco Hal Ehwal Masyarakat Siam

KERAJAAN Negeri Kedah yang diterajui Pas dan PKR hari ini mengumumkan perlantikan Encik V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna serta Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah.

Beliau juga akan memegang portfolio Koperasi, Perpaduan Pekerja Ladang & Hal Ehwal Masyarakat India Kedah.

Majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadz’am Shah telah dijalankan di Wisma Darulaman, Alor Star hari ini (12.3.2008).

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Kedah tidak meminggirkan masyarakat Siam di Kedah. Walaupun umum tahu bahawa undi masyarakat Siam adalah merupakan undi penentu. Tak mustahil masyarakat Siam Kedah akan sokong kerajaan Kedah sekiranya kebajikan dan pembangunan masyarakat Siam di Kedah diberi perhatian.

Pada Pilihanraya Umum yang lepas tidak semua masyarakat Siam mengundi BN dan tidak semua masyarakat Siam mengundi pembangkang. Jika ada yang mengundi pembangkang, itu adalah undi protes di atas kelemahan kerajaan terutamanya daripada golongan muda. Golongan muda ini tidak lagi memikirkan tentang kesetiaan kepada parti. Mereka lebih mengutamakan siapakah calon mereka dan adakah calon mereka boleh mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri. Tambahan pula, tiada parti politik untuk masyarakat Siam secara khusus.

Selama ini masyarakat Siam menjadi ahli parti UMNO yang merupakan parti untuk orang-orang Melayu. Masyarakat Siam amat berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO kerana telah melantik 2 orang Senator bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen. Jawatan tersebut diberikan atas dasar budibicara oleh pemimpin UMNO sahaja. Sehingga hari ini kami tidak pasti samada jawatan itu masih wujud untuk masyarakat Siam atau tidak.

Sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat memberi peluang sama rata kepada masyarakat Siam sebagai ahli PKR dalam semua aspek pembangunan, saya percaya ramai ahli UMNO akan beralih kepada PKR. Oleh itu, mana-mana parti yang memerintah negeri Kedah atau Malaysia haruslah mengambil berat tentang hal ehwal masyarakat Siam di Kedah khususnya dan di Malaysia amnya.

Kami harap masyarakat Siam di Kedah pandai-pandailah berpolitik. Janganlah mewujudkan perpecahan di kampong walaupun adanya UMNO dan PKR. Pakat-pakatlah berbincang menentukan haluan dalam membangunkan masyarakat Siam di negeri Kedah.

Sekiranya golongan muda yang mewakili PKR dilantik sebagai Pengerusi JKKK yang baru maka golongan tua-tua atau pemimpin lama haruslah memberi peluang dan kerjasama kepada mereka. Sebab tujuannya adalah sama iaitu membangunkan masyarakat Siam di Kedah walaupun mereka berada di dalam parti yang berlainan.

Akhir sekali, kami berharap agar BN dapat kembali memerintah di negeri Kedah.

Salam sayang dari Manit Sripradit
13 March 2008