Day

February 28, 2008

Jawatan Senator Ke 3 mewakili masyarakat Siam di Parlimen menjadi rebutan

Info PBTM

Tajuk: Jawatan Senator Ke 3 mewakili masyarakat Siam di Parlimen menjadi rebutan. – 28 Feb 2008

Senator pertama khonthai ialah Datuk Charern Intachat yang dilantik pada tahun 1996. Pada tahun 2002, dalam Mesyuarat Agung PSM yang diadakan di Dewan Budaya, Alor Star, Kedah, Datuk Charern selaku Presiden PSM telah mengadakan pemilihan untuk memilih calon Senator kedua secara demokrasi. Seramai 6 orang masuk bertanding iaitu Datuk Sawai @ Boon Chock, Siw Chun Eam, Siri Neng Buah, Ehpon Awang Din, Boonsom Inong dan Dr. Proom Promwichit. Keputusannya;
1. Datuk Sawai @ Boon Chock (Undi terbanyak),
2. Encik Siri Neng Buah (Undi Kedua terbanyak)
3. Pn. Siw Chun a/p Eam (Undi ketiga terbanyak)

Oleh kerana Presiden PSM lebih menyokong Pn. Siw Chun selaku Setiausaha Agung PSM ketika itu maka Pn. Siw Chun telah dibantu untuk memenangi jawatan Presiden PSM semasa Mesyuarat Agung PSM di Besut, Terengganu pada 2003. Di mana pertandingan tersebut satu lawan satu antara Pn. Siw Chun dgn En. Bunyin. Siw Chun telah memenangi pertandingan tersebut. Maka dengan rekemen daripada Penaung PSM iaitu Datuk Nazri, MB Kedah dan MB Perlis maka Siw Chun telah dipilih sebagai Senator ke 2.

Pn. Siw Chun dah hampir tamat tempoh jawatan Senator pada 29.12.2008 maka calon Senator ke 3 menjadi rebutan. Bagi mengekalkan kesinambungan dalam PSM maka Pn. Siw Chun telah memilih Cikgu Jot (Eh Chot Cha Chan, YDP PSM Cawangan Kelantan) dari Kelantan sebagai calon Senator. Beliau mengumumkan pemilihan Cikgu Jot sebagai calon Senator di Hotel River View, Kelantan pada 6.1.2008 yg dihadiri oleh YB Datuk Annuar Musa bersama 378 orang Khonthai Kelantan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puashati ramai pihak terutamanya di Kedah. Bagi PBTM, terima sesiapa sahaja yang dipilih sebagai senator.

Pada pandangan orang Kedah, En. Siri Neng Buah lebih layak dicalonkan sebagai Senator sebab beliau berkebolehan dan beliau merupakan AJK senior dalam PSM. En. Siri Neng Buah telah banyak berjasa kepada PSM. PSM dapat menyertai Program Citrawarna yang memberi pendapatan kepada PSM berpuluh-puluh ribu Ringgit Malaysia adalah hasil usaha Encik Siri Neng Buah. Akhir sekali sumbangan beliau diketepikan begitu sahaja. Tambahan pula dalam Mesyuarat Agung PSM yang diadakan pada 5.12.2005 di Jejawi, Perlis, beliau telah dipaksa memberi laluan kepada Cikgu Jot untuk jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh beliau selama ini.

Pada Mesyuarat Agung PSM tahun 2008, Siw Chun pula cuba menghalang perebutan jawatan Presiden PSM. Mesyuarat Agung PSM yang diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah pada 28 Januari 2008 satu usul supaya jawatan Presiden PSM tidak dipertandingkan. Tindakan tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan PSM dimana Jawatankuasa Pusat PSM dipilih 2 tahun sekali. Untuk menghalalkan tindakan yang tak betul, dia tak kisah walaupun melanggar Perlembagaan yang digubal oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Sepatutnya Presiden haruslah memberi peluang kepada semua perwakilan PSM seluruh Malaysia seramai 115 orang memilih calon Senator. Ini tidak, dia sendiri yang memilih calon Senator.

Oleh kerana PSM tidak lagi relevan mewakili masyarakat Siam maka timbul pula seorang pemimpin di negeri Kedah yang bercita-cita menjadi Senator iaitu Datuk I Ting. Beliau merupakan pemimpin yang berkaliber dan sangat rapat dengan YAB Menteri Besar Kedah. Oleh kerana pemimpin PSM telah meracuni pemikiran masyarakat Siam di Kedah melalui golongan Phra maka laluan untuk pemimpin tersebut menjadi Senator agak sukar.

Walau bagaimana pun, marilah kita tunggu dan lihat. Siapakah sebenarnya yang akan berjaya dipilih oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai Senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen. PBTM akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Senator.…

Surat layang tersebar luas di perkampungan Siam di Sik

Info PBTM

Tajuk: Surat layang tersebar luas di perkampungan Siam di Sik. – 29 Feb 2008

Dalam bahang kempen Pilihanraya Umum ke 12 di perkampungan Siam terdapat surat layang sebanyak 12 muka surat tersebar luas di daerah Sik, Kedah. Surat-surat layang tersebut didownload daripada blog-blog dalam internet iaitu http://siam2day.blogspot.com …