Tahniah kepada Y.Bhg Datuk I Ting Tan Ah Kee
Info PBTM
Tajuk: Tahniah kepada Y.Bhg Datuk I Ting Tan Ah Kee – 30 Jan 2008
PBTM mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg. Datuk I Ting Tan Ah Kee, CEO Agro-Based Sdn. Bhd yang merupakan salah sebuah anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah di atas penganugerahan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Datuk baru-baru ini. Beliau adalah bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah. Beliau berkelulusan Degree dari UKM dan Master dari US, dan sesuai dicalonkan sebagai Senator bagi mewakili masyarakat Siam di Malaysia selain En. Eh Chot Cha Chan yang dicalonkan oleh PSM. Seorang lagi calon yang dianggap berpotensi iaitu En. Siri Neng Buah, Pegawai Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Datuk I Ting merupakan orang ke 4 mendapat gelaran Datuk selepas Datuk Charern Intachat, Datuk Boonler Somchit dan Datuk Sawai @ Boon Chock. …
Najib batalkan lawatan ke Majlis Mesra Bersama Masyarakat Siam di Pendang
Info PBTM
Tajuk: Najib batalkan lawatan ke Majlis Mesra Bersama Masyarakat Siam di Pendang. – 28 Jan 2008
Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak batalkan lawatan ke Majlis Mesra Bersama Masyarakat Siam yang akan diadakan pada 28 Januari 2008 jam 2.00 petang di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah kerana beliau perlu mewakili kerajaan Malaysia ke Majlis Pengebumian Bekas Presiden Indonesia, Bapak Suharto. Sementara Mesyuarat Perwakilan Tahunan PSM masih samar-samar sebab ramai perwakilan belum terima notis yang dijangka diadakan selepas perjumpaan dengan TPM. …
Majlis Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Info PBTM
Tajuk: Majlis Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia. – 27 Jan 2008
Pada 28 Januari 2008 jam 2.00 petang, satu Majlis Mesra Masyarakat Siam seluruh Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah. Semua dijemput hadir. …