Month

December 2007

Tradegi Maut di Nganbun Wat Lamdin

Info PBTM

Tajuk: Tradegi Maut di Nganbun Wat Lamdin. – 26 Dec 2007

PADANG TERAP 25 Dis. – Seorang juru kimpal berusia 25 tahun terbunuh akibat ditikam di bahagian perut dengan senjata tajam oleh seorang pemuda selepas tercetus perselisihan faham ketika menyertai ‘Pesta Tambun’ di Watt Siam Kampung Lamdin, Naka, di sini awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa, Mannuan a/l Chuan Lai disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star, dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi ini selepas mengalami kecederaan serius akibat tikaman berkenaan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati, pada mulanya mangsa dan suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai berselisih faham ketika menyertai pesta tersebut sehingga ia berlarutan ke luar watt berkenaan.
Suspek yang tidak berpuas hati dengan Mannuan, katanya, dipercayai menunggu mangsa di tepi jalan di kampung berkenaan, iaitu kira-kira dua kilometer dari watt Siam itu untuk menyerang lelaki berketurunan Siam itu yang sedang dalam perjalanan ke rumah.
“Ketika Mannuan yang menunggang motosikal melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumahnya di Kampung Watt Padang Peliang, Pendang, suspek dipercayai menahan mangsa sebelum menikam bahagian kiri perutnya.
“Mangsa yang cedera parah kemudian cuba lari menyelamatkan diri tetapi rebah kira-kira 100 meter dari tempat dia ditikam,? katanya ketika ditemui di Balai Polis Naka di sini, hari ini.
Mohd. Zakaria berkata, Mannuan kemudian dikejarkan ke HSB oleh adiknya yang dimaklumkan mengenai keadaan abangnya itu menerusi telefon oleh seorang rakan mereka.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital terbabit.
Katanya, polis menganggap kes itu sudah selesai berikutan penangkapan suspek yang berkerja sendiri itu kira-kira pukul 9 pagi ini.
Kes itu, katanya, disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt;=1226&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Dalam_Negeri&pg;=dn_09.htm …

Program Sukan dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan

Info PBTM

Tajuk: Program Sukan dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan. – 03 Dec 2007

PBTM akan menghantar satu kontinjen untuk menyertai Program Sukan dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 15 – 18 Disember 2007 ini. Oleh itu, program Kepimpinan di Pulau Pangkor terpaksa ditunda pada 22 – 24 Disember 2007. Saya rasa ramai yang tidak dapat hadir sebab ada konsert Carabao di Wat Olak Madu. Pihak kami sudah sedia maklum tentang perkara ini. PBTM terpaksa juga teruskan program tersebut pada tarikh yang ditetapkan untuk memberi pilihan kepada golongan belia, manakah program yang lebih berfaedah. …

Program Kepimpinan Belia Thai di Pulau Pangkor di tunda

Info PBTM

Tajuk: Program Kepimpinan Belia Thai di Pulau Pangkor di tunda. – 03 Dec 2007

Program Kepimpinan Belia Thai 2007 di Pulau Pangkor yang dirancang diadakan pada 14 – 16 Disember 2007 telah ditunda kepada 8 – 10 Disember ini. Ini adalah permintaan daripada Ybhg. Datuk Shamsul, Presiden MBM supaya PBTM mengambil bahagian dalam Program Sukan dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 15 – 18 Disember ini. PBTM menghantar 2 pasukan Sepak Takraw dan 2 pasukan tarian kebudayaan Thai untuk masuk pertandingan. …